Sabtu, 13 Mac 2010

Berita Terkini

SUKMA: Fatihan Masih Boleh Wakil Terengganu Pada SUKMA Melaka

KUALA TERENGGANU, 13 Mac (Bernama) -- Pemenang dua pingat emas SUKMA Terengganu 2008, Fatihah Mustapha, yang kini berlatih di Australia di bawah jurulatih John Beasley masih lagi boleh mewakili Terengganu pada Sukma di Melaka Jun ini.

Mustapa Luang Masa Tonton Kejohanan Badminton All-England

Daripada Massita Ahmad

BIRMINGHAM, 13 Mac (Bernama) -- Dalam kepadatan jadualnya untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan di Eropah, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempat menyelitkan ruang masa di pinggir bandar London ini bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan badminton negara yang bertanding di kejohanan berprestij All-England.

Chong Wei Ke Separuh Akhir, Beregu Malaysia Tewas

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain tunggal negara mara ke separuh akhir kejohanan badminton All England selepas dua beregu Malaysia tewas pada peringkat suku akhir.

Perahu Layar: Malaysia Raih Satu Emas, Dua Perak, Satu Gangsa Di Pattaya

LANGKAWI, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia meraih satu emas, dua perak dan satu gangsa pada hari terakhir Kejohanan Perahu Layar Laser Asia Pasifik yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

SUKMA Melaka: Pahang Sasar 34 Emas

KUANTAN, 12 Mac (Bernama) -- Kontinjen Pahang akan menghantar 456 atlet ke Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka dari 10 hingga 19 Jun ini dengan menyasarkan 34 pingat emas.

All-England : Tan Fook-Wan Wah Mara, Hafiz Tunduk Pada Lin Dan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Regu veteran Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah mara ke suku akhir kejohanan badminton All-England setelah menewaskan Cho Gun Woo dan Kwon Yi Goo dari Korea dalam tiga set di Birmingham, England, Khamis malam.