

Elizabeth Jimie Atlet Wanita Pertama Negara Jadi Pembawa Bendera Di Olimpik
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 23 Ogos (Bernama) -- Penerjun negara Elizabeth Jimie akan menjadi pembawa Jalur Gemilang dalam upacara penutupan Sukan Olimpik esok sebagai lambang barisan atlet Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 23 Ogos (Bernama) -- Che Chew Chan menghidupkan harapan pingat bagi Malaysia selepas menewaskan Evgeniya Karimova dari Uzbekistan 5-4 untuk mara ke pusingan suku akhir akhir acara taekwondo wanita bagi kelas 67kg ke atas pagi ini.
Latihan Fizikal Yang Berat Menanti Chong Wei, Kata Misbun
Oleh Zulhilmi Supaat
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bakal "Datuk", Lee Chong Wei, tidak akan menerima layanan VIP di gelanggang badminton, sebaliknya bakal berdepan latihan fizikal keras mulai Isnin ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka Jepun yang akan berlangsung bulan depan.
Atlet Terakhir Harapan Malaysia Untuk Raih Pingat Bersedia Untuk Aksi Agresif
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 22 Ogos (Bernama) -- Atlet terakhir harapan Malaysia untuk meraih pingat, Che Chew Chan daripada acara taekwondo, bersedia untuk beraksi secara agresif dalam perjuangannya di Sukan Olimpik esok, yang bermula dengan bertemu seteru lamanya, Evgeniya Karimova dari Uzbekistan, dalam pusingan pembukaan kelas lebih 67kg.
Kevin Lim Berundur Selepas Kemunculan Kali Keempat Di Sukan Olimpik
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 19 Ogos (Bernama) -- Kevin Lim, atlet sukan pelayaran laser Malaysia memutuskan untuk berundur selepas empat kali menyertai Sukan Olimpik, untuk memberi tumpuan kepada kariernya di bidang perubatan.
Konsisten Kunci Untuk Bryan Mara
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 18 Ogos (Bernama) -- Konsisten ialah kunci untuk penerjun negara Bryan Nickson Lomas menggapai impiannya untuk mara ke separuh akhir acara 10m platform Sukan Olimpik kali ini selepas hampir berjaya melakukannya di Athens empat tahun lepas.
Mampukah Badminton Janjikan Emas Lagi Pada Olimpik 2012?
Oleh Zulhilmi Supaat
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Selepas 13 Olimpik, Malaysia terlepas peluang terbaiknya untuk meraih emas pertamanya apabila Lee Chong Wei kalah dalam perlawanan akhir di Beijing malam tadi.
Chong Wei Pastikan Pingat Olimpik Keempat Malaysia
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Lee Chong Wei memastikan pingat Olimpik keempat buat Malaysia apabila berjaya menangani tekanan, untuk layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki saingan badminton setelah menundukkan pemain Korea Selatan Lee Hyun-Il 21-18, 13-21, 21-13.
Chu Sian Kejutkan Pemegang Rekod Olimpik Untuk Ke Suku Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Pemanah negara Cheng Chu Sian mengejutkan pemegang rekod Olimpik, Lee Chang Hwan dari Korea Selatan, untuk menempah tiket ke suku akhir hari ini tetapi kemudiannya dikecewakan oleh Bair Badenov dari Rusia 109-104.
Mun Yee, Elizabeth Berkongsi Tempat Ke-21 Acara 3m Papan Anjal
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Dua penerjun negara, Leong Mun Yee dan Elizabeth Jimie gagal ke peringkat separuh akhir acara 3m papan anjal wanita setelah kedua-duanya berkongsi kedudukan ke-21 selepas berakhirnya saingan pusingan awal.
Pemanah Chu Sian Mengatasi Pemegang Rekod Olimpik Untuk Ke Suku Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Pemanah Malaysia, Cheng Chu Sian mengatasi pemegang rekod Olimpik Lee Chang Hwan untuk mara ke suku akhir individu lelaki hari ini.
Cheng Chu Sian Mara Ke Suku Akhir
BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Pemanah kebangsaan, Cheng Chu Sian mengalahkan pemegang rekod Olimpik, Lee Chang Hwan dari Korea untuk mara ke pusingan suku akhir acara memanah individu lelaki di Sukan Olimpik Beijing.
Aksi Acara Laser Sekali Lagi Ditangguh Akibat Angin Perlahan
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 14 Ogos (Bernama) -- Perlumbaan acara pelayaran Laser Olimpik di Qingdao sekali lagi ditangguhkan berikutan angin perlahan hari ini.
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 14 Ogos (Bernama) -- Lee Chong Wei mara ke separuh akhir perseorangan badminton lelaki apabila menang mudah 21-9, 21-11 ke atas pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro hari ini, hanya satu perlawanan lagi untuk beliau memperolehi sebarang pingat.
Chu Sian Tersenarai 16 Terbaik Dalam Pertandingan Individu
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 13 Ogos (Bernama) -- Pemanah Malaysia Cheng Chu Sian yang gagal menunjukkan persembahan terbaiknya pada pertandingan berpasukan memanah Sukan Olimpik, hari ini bangkit semula apabila tersenarai 16 terbaik pada pertandingan individu.
Chong Wei, Beregu Kien Keat-Boon Heong Mara Ke Suku Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 13 Ogos (Bernama) -- Lee Chong Wei dan beregu muda Malaysia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mara ke peringkat suku akhir manakala pemain senior Wong Choong Hann mengucapkan selamat tinggal setelah tewas dalam perlawanan badminton Sukan Olimpik.
Hari Paling Menggembirakan Buat Mew Choo, Pasangan Regu Utk Separuh Akhir Olimpik
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 13 Ogos (Bernama) -- Saat-saat penting menanti pemain wanita Malaysia Wong Mew Choo dan pasangan lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong hari Rabu untuk bertarung mendapatkan tempat pada separuh akhir Olimpik.
Pasukan Beregu Korea Kecewakan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Beregu Malaysia Choong Tan Fook-Lee Wan Wah tewas kepada pasangan Korea, Lee Jaejin-Hwang Jiman 22-20, 13-21, 16-21 dalam perlawanan badminton Sukan Olimpik Beijing malam ini.
Kien Keat Dan Boon Heong Kembali Menggegar
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Mereka melangkah ke gelanggang dengan rasa penuh kebimbangan tetapi selepas 34 minit, pasangan beregu Malaysia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong jelas girang apabila berjaya menumpaskan lawan pertama mereka dalam perlawanan beregu lelaki Olimpik.
Wong Choon Hann Ditewaskan Pemain Taiwan
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Peserta Malaysia Wong Choon Hann ditewaskan oleh pemain Taiwan Hsieh Yu Hsing 21-14, 17-21 dan 18-21 pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton di Sukan Olimpik Beijing malam ini.
Kevin Tersilap Dalam Pembukaan Perlumbaan
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Pelayar negara, Kevin Lim hari ini melakukan kesilapan pada permulaan perlumbaan apabila berada melebihi garisan permulaan semasa acara laser diadakan di Qingdao, mengakibatkan penyertaan pertamanya dibatalkan.
Koo Kien Keat-Tan Boon Mara Ke Suku Akhir
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (MAS) menewaskan Shintaro Ikeda-Shuichi Sakamoto (JPN) 21-12, 21-16 untuk mara ke suku akhir acara badminton.
Wan Khalmizam Perlu Atasi Gementar Kurang Pengalaman
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Wan Khalmizam Abd Aziz, paling menonjol di antara tiga atlet pasukan memanah negara pada temasya Olimpik di sini, perlu mengatasi gementar kurang berpengalaman ketika beraksi dalam pertandingan individu esok, walaupun turun sebagai atlet yang menduduki tangga kelima.
Kemelut KOAM Dan HPTC Jejaskan Pencarian Pingat Olimpik?
Oleh Zulhilmi Supaat
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Acara olahraga di Sukan Olimpik Beijing hanya akan bermula Jumaat ini, tetapi perang mulut antara dua pegawai badan sukan itu di tanahair kian memuncak pada hujung minggu lepas.
Chong Wei Berentap Dengan Sony Kuncoro Dalam Perlawanan Suku Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Atlet yang menjadi harapan terbaik negara untuk merangkul pingat emas di Sukan Olimpik, Lee Chong Wei akan berentap dengan pemain badminton dari Indonesia Sony Dwi Kuncoro dalam perlawanan suku akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik Khamis ini.
Perenang Negara Gagal Menyerlah
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Selepas sekadar membaiki rekod kebangsaan dalam acara renang 200 meter gaya bebas semalam, Daniel Bego gagal membaiki acara kegemarannya 200 meter kuak kupu-kupu dalam acara saringan dengan melebihi masa dua minit.
Pemanah Malaysia Gagal Mara Ke Separuh Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 11 Ogos (Bernama) - Kekecewaan jelas kelihatan di wajah trio pemanah Malaysia apabila mereka gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir setelah tewas lima mata kepada Itali dalam penampilan pertama mereka di Sukan Olimpik.
Chong Wei Mara Ke Pusingan Ketiga
BEIJING, 11 Ogos (Bernama) -- Pemain badminton Malaysia Lee Chong Wei menewaskan Ronald Susilo dari Singapura 21-13, 21-14 pada pusingan kedua badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Beijing di sini hari ini.
Pasangan Wanita Malaysia Gagal Saingi Beregu Korea
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 10 Ogos (Bernama) -- Pasangan beregu wanita utama negara Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty gagal meneruskan saingan ke peringkat suku akhir setelah disingkirkan oleh pilihan keempat Lee Hyojung dan Lee Kyungwon dari Korea Selatan, apabila memulakan saingan acara badminton Sukan Olimpik hari ini.
Seri Paduka Baginda Harap Malaysia Bawa Pulang Emas Pertama Olimpik
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 9 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan harapan supaya Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas yang pertama Sukan Olimpik pada majlis ramah mesra bersama atlet negara di perkampungan sukan hari ini.
Ramai Peminat Badminton China Pilih Chong Wei Sebagai Juara
Daripada Jaiarajo Letchumanan
BEIJING, 8 Ogos (Bernama) -- Ramai peminat badminton China yakin walaupun menduduki ranking nombor dua dunia, pemain Malaysia Lee Chong Wei mampu mengalahkan pemain nombor satu dunia Lin Dan dari negara mereka bagi meraih pingat emas dalam acara itu pada sukan Olimpik Beijing.
Agong, Pemaisuri Hadiri Majlis Jamuan Presiden China
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 8 Ogos (Bernama) - Berucap pada jamuan tengah hari dengan hidangan Itik Beijing salai, daging lembu digulung daun teratai dan muzik dari pancaragam tentera, Presiden China Hu Jintao menyeru dunia menggunakan Sukan Olimpik Beijing bagi mencetuskan persefahaman lebih mendalam untuk menghadapi "cabaran-cabaran hebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah".
Pembawa Bendera Jalur Gemilang Tertekan Tapi Bangga
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 7 Ogos (Bernama) -- Walaupun bangga diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada perasmian temasya Sukan Olimpik Beijing esok, namun perasaan gemuruh tidak dapat dielakkan oleh Azizul Hasni Awang.
Pakar ISN Pantau Kesihatan Atlet Di Beijing
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sekumpulan pakar sains sukan dari Institut Sukan Negara (ISN) diketuai Ketua Pengarahnya Datuk Dr Ramlan Abd Aziz kini berada di Beijing bagi memantau kesihatan 33 atlet negara yang bertanding pada Sukan Olimpik yang bermula secara rasmi, Jumaat.
MTA Sudah Melihat Kepada Olimpik London 2012
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sukan Olimpik Beijing belum pun bermula tetapi Persatuan Taekwando Malaysia (MTA) sudahpun memulakan persiapan untuk menghadapi Olimpik London 2012 dengan menganjurkan Kejohanan Taekwando Kebangsaan minggu depan.
Atlet Malaysia Rehat Sebelum Olimpik Bermula
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 7 Ogos (Bernama) -- Atlet Malaysia kini tenang menanti kejohanan Olimpik bermula yang detik pembukaannya hanya tinggal hanya 24 jam lagi.

