

Berita Pilihan Tertinggi
Berita-berita Lain
- EGM Kedua MCA Dibatalkan, Pemilihan Semula Dalam Tempoh Enam Bulan?
- Umno Sabah Aktifkan Program Penambahan Ahli
- Ong Pertahan Perubahan, Chua Kembali Ketuai Johor
- Pemimpin Komponen BN Puji Campur Tangan PM Cuba Selesaikan Krisis MCA
- Pemimpin Komponen BN Puji Campur Tangan PM Cuba Selesaikan Krisis MCA
06 Oktober, 2008 20:39 PM
Bina Replika Anwar Buktikan PKR Dewa-dewakan Pemimpin, Kata Ali Rustam
MELAKA, 6 Okt (Bernama) -- Pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.
"Saya nak tanya pada Pas, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh Pas," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Kota Gemilang di Ayer Keroh di sini, Isnin.
PKR dan Pas menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP.
Menurut laporan sebuah akhbar itu, replika setinggi 12.2 meter itu dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan penyokong Anwar.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

