Berita Pilihan Tertinggi
Berita-berita Lain
23 Ogos, 2008 12:26 PM
Chew Chan Mara Ke Suku Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 23 Ogos (Bernama) -- Che Chew Chan menghidupkan harapan pingat bagi Malaysia selepas menewaskan Evgeniya Karimova dari Uzbekistan 5-4 untuk mara ke pusingan suku akhir akhir acara taekwondo wanita bagi kelas 67kg ke atas pagi ini.
Chew Chan akan berdepan dengan Nina Solheim dari Norway dalam senarai lapan atlet yang akan bersaing seperti yang dijadual tengah hari ini. Solheim kini menduduki ranking ketiga middleweight Eropah.
Jika menang, Chew Chan akan mara ke peringkat separuh akhir menentang Carmen Marton dari Australia atau Natalia Falavigna dari Brazil. Perlawanan akhir juga akan diadakan hari ini.
Chew Chan, 25, pelajar Universiti Putra Malaysia telah menewaskan Karimova dalam pusingan kelayakan Asia untuk Sukan Olimpik Disember lepas, perbezaan dengan satu mata pada pusingan pertama tetapi bangkit kembali pada pusingan kedua dengan mengumpul empat mata untuk mendahului peserta Uzbek itu dengan 4-1.
"Ini kemenangan pertama untuk Malaysia dalam pusingan pertama taekwondo di Olimpik. Saya perlu menang untuk dua perlawanan jika mahu mendapat emas, jadi saya memberitahu diri sendiri, saya tidak boleh kalah dalam perlawanan ini," katanya.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.




