

Berita Pilihan Tertinggi
Berita-berita Lain
14 Ogos, 2008 17:47 PM
Aksi Acara Laser Sekali Lagi Ditangguh Akibat Angin Perlahan
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 14 Ogos (Bernama) -- Perlumbaan acara pelayaran Laser Olimpik di Qingdao sekali lagi ditangguhkan berikutan angin perlahan hari ini.
Perlumbaan keempat yang sepatutnya diadakan semalam dijadualkan berlangsung hari ini tetapi tiada seorang pun daripada 43 pelayar termasuk wakil negara Kevin Lim yang turun beraksi.
" Jika angin bagus esok, mereka mungkin beraksi untuk perlumbaan keempat, lima dan enam," kata Alp Alpagut, jurulatih Lim.
Lim, yang mensasarkan berada dalam kedudukan 20 terbaik, kini pada kedudukan ke-37 selepas tiga perlumbaan. Beliau dibatalkan dalam perlumbaan pembukaan kerana melepasi garisan permulaan.
Acara laser bermula Selasa dengan dua perlumbaan dijadualkan setiap hari.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

