13 Ogos, 2008 00:44 AM

Hari Paling Menggembirakan Buat Mew Choo, Pasangan Regu Utk Separuh Akhir Olimpik

Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 13 Ogos (Bernama) -- Saat-saat penting menanti pemain wanita Malaysia Wong Mew Choo dan pasangan lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong hari Rabu untuk bertarung mendapatkan tempat pada separuh akhir Olimpik.

Mew Choo, yang mencipta sejarah sebagai perseorangan wanita Malaysia pertama melayakkan diri untuk Olimpik, seiring dengan pilihan ketiga China, Lu Lan yang beliau pernah tumpaskan dua kali dan dikalahkan olehnya tiga kali.

Ia adalah juga ujian besar yang pertama bagi kedua-duanya.

Untuk mara ke separuh akhir, Kien Keat dan Boon Heong mesti mengatasi johan dunia dari Indonesia, Markis Kido dan Hendra Setiawan Rabu malam.

Lee Chong Wei, pilihan nombor dua untuk merebut kejuaraan perseorangan lelaki, berehat sehari untuk merancang perlawanan menentang pemenang pingat gangsa di Athens Sony Dwi Kuncoro, Indonesia.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan  
berita melalui perkhidmatan
Newswire.