

Berita Pilihan Tertinggi
Berita-berita Lain
12 Ogos, 2008 00:21 AM
Perenang Negara Gagal Menyerlah
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 12 Ogos (Bernama) -- Selepas sekadar membaiki rekod kebangsaan dalam acara renang 200 meter gaya bebas semalam, Daniel Bego gagal membaiki acara kegemarannya 200 meter kuak kupu-kupu dalam acara saringan dengan melebihi masa dua minit.
Perenang berusia 18 tahun itu yang memegang rekod kebangsaan 1:59.40s, mencatat 2:01.28s untuk menduduki tempat ketujuh di Pusat Akuatik Nasional Water Cube.
Beliau akan bertanding dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu Khamis ini.
Daniel memegang rekod kebangsaan dalam ketiga-tiga acara tersebut.
Perenang wanita Siow Yi Ting mencatat masa 2:17.11s dalam acara rampaian individu 200 meter untuk menduduki tempat ketujuh dalam saringan, membaiki masa terbaiknya 2:18.52s.
Daniel dan Yi Ting adalah lima perenang Malaysia yang bertanding di Olimpik ini.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

