, 21 2009

07 November, 2009 22:52 PM

Waterski Wanita Perancis Curi Tumpuan Di Tasik Putrajaya

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Peserta wanita Perancis berjaya menguasai pusingan kelayakan acara luncur air, Kejohanan Waterski Putrajaya 2009, di Kompleks Sukan Air, Presint 6, di sini Sabti.

Peserta Anais Amade, Marion Aynaud dan Marion Mathieu masing-masing mendahului acara wanita 'slalom', 'shortboard' dan 'jump'.

Dalam kategori lelaki pula, peserta Amerika Syarikat Nicolas Parsons mendahului kedudukan dengan 107 mata dikuti Julio Javier dari Argetina dengan 106.50 mata dan peserta PerancisJean Baptiste dengan 105.50 mata.

Berikutan hujan lebat dan kilat pada sebelah petang, acara 'shortboard' dan 'jump' lelaki ditangguhkan sehingga pagi esok.

Acara akhir esok akan menyaksikan saingan empat wanita dan enam lelaki terbaik daripada pusingan kelayakan bagi menentukan juara siri tersebut.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan  
berita melalui perkhidmatan
Newswire.