, 22 2009

03 November, 2009 23:02 PM

Sesi Sumbang Saran Kenalpasti Perbezaan Dalam MCA - Ong

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pemimpin tertinggi MCA akan menghadiri sesi sumbang saran bagi mengenalpasti perkara-perkara yang menjadi perbezaan dan persamaan di kalangan pelbagai kumpulan dalam parti itu.

Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat berkata sesi itu akan memberikan kelebihan kepada parti untuk bergerak ke hadapan dengan menggunakan kelebihan dan mengatasi kelemahan yang ada.

" Pada penghujung sesi sumbang saran itu akan digariskan langkah-langkah jangka pendek, sederhana dan panjang," katanya dalam blognya Selasa.

Katanya satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menggalakkan hubungan antara pihak-pihak yang berbeza pandangan dalam parti, terutama badan induk dan sayap dalam parti.

Ong berkata program di bawah Pelan Perpaduan yang lebih meluas itu adalah penting untuk memastikan perhubungan yang kukuh antara kumpulan yang berbeza pandangan dalam MCA.

Di bawah Pelan Perpaduan itu, MCA juga menumpukan kepada usaha penyatuan, perubahan dan penjenamaan semula parti.

" Parti perlu mengusahakan penjenamaan semula secara besar-besaran untuk mengubah tanggapan orang ramai bahawa MCA tidak berhubung dengan mereka," katanya.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan  
berita melalui perkhidmatan
Newswire.