

Berita Pilihan Tertinggi
Berita-berita Lain
07 November, 2009 18:26 PM
Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Hari
KOTA KINABALU, 7 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk lawatan rasmi selama dua hari mulai Sabtu.
Beliau, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas kira-kira pukul 5.45 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, timbalan-timbalan ketua menteri, anggota Kabinet Persekutuan dan Negeri, pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional, ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta para pemimpin masyarakat.
Malam ini, Najib akan merasmikan Mesyuarat Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) di sebuah hotel terkemuka di sini.
Beliau dijadual merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) di pusat membeli-belah 1Borneo dekat sini sebelum menghadiri majlis makan tengah hari bersama pemimpin-pemimpin Umno Negeri.
Pada sebelah petang pula, Najib akan merasmikan Konvensyen Nasional Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

