

Berita Pilihan Tertinggi
- Kerajaan Akan Bantu Kerajaan Negeri Tingkat Pertumbuhan Ekonomi
- Kerajaan Terima Permohonan Pinjaman Teknologi Hijau
- Pakistan Minat Belajar Dari Malaysia Untuk Tingkatkan Sektor Perkhidmatan
- Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Dicadang Ikuti Kursus Tadbir Urus
- Return 2 Green & Bio Green Bags Labur RM120 Juta Untuk Tempoh Tiga Tahun
Berita-berita Lain
07 November, 2009 17:55 PM
Sarawak Percepatkan Rancangan Peluasan Penjanaan Kuasanya
KUCHING, 7 Nov (Bernama) - Sarawak akan mempercepatkan rancangan peluasan penjanaan kuasanya bagi menampung permintaan industri tempatan dan juga menjual kuasa ke Semenanjung Malaysia, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Sabtu.
Beliau berkata yang projek Empangan Hidroelektrik Bakun untuk menghasilkan 2,400MW menjelang 2011 dan projek empangan Murum bernilai RM3 bilion untuk menjana kuasa 900MW menjelang 2013 tidak mampu memenuhi permintaan industri berintensif tenaga yang dirancang untuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada 2015.
Contohnya, kilang pelebur memerlukan minimum 776MW dan akan terdapatnya empat kilang pelebur di SCORE menjelang 2015.
"Keutamaan kami ialah memenuhi permintaan industri. Dengan Bakun beroperasi sepenuhnya beserta dengan kemunculan kilang-kilang pelebur, kami tiada pilihan tetapi perlu mempercepatkan rancangan peluasan penjanaan kuasa kami.
"Harap-harap kami boleh menjana 3,000MW kuasa menjelang 2015," kata beliau kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Selain daripada permintaan kuasa dalam industri berintensif tenaga di dalam negeri, Awang Tengah berkata negeri itu juga menjual kira-kira 1,700 MW kuasa dari Bakun kepada Semenanjunga Malaysia menerusi kabel submarin.
Projek Empangan Hidroeletrik Bakun dijangka mula menjana 300MW tenaga elektrik pada bulan Oktober atau November tahun depan apabila satu daripada lapan turbinnya mula dilaksanakan.
Empangan itu yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2011 dan sebahagian besar elektrik akan dieksport ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel submarin dasar laut, dijangka siap pada 2016.
Selain daripada projek empangan hidroelektrik, Awang Tengah berkata negeri itu akan mengembangkan kilang arang batunya.
"Kita akan tembusi sumber arang batu kerana kita mempunyai rizab arang batu yang banyak," kata beliau.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melalui perkhidmatan Newswire.

