, 22 2009

03 November, 2009 20:13 PM

Kawasaki Sasar Jual 6,000 Unit Motosikal Premium Pada 2010

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd menjangkakan menjual 6,000 unit motosikal premium tahun depan, kata Pengurus Besarnya, Jeffrey Lim.

"Setakat ini, kami sudah menjual 3,000 unit. Oleh itu, tahun depan antara 5,000 dan 6,000 unit," katanya selepas pelancaran model KLX150S di sini selasa.

Motosikal premium yang berharga RM8,589 itu, dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Kawasaki Motors berjaya melancarkan Ninja 250R dan ER-6n tahun lepas dan VNII Jun lepas.

"Pasaran Malaysia sangat penting untuk kami dan jika kami bandingkan dengan negara lain di rantau ini, pasaran motosikal besar Malaysia sangat maju," kata Sosuke Kinouchi yang juga Pengurus Besar Bahagian Jaminan Kualiti Heavy Industries Ltd Japan.

Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Raja Datuk Hanippudin Raja Datuk Nong Chik berkata syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap pembukaan lebih banyak pusat servis dan sokongan eksklusif selepas jualan.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan  
berita melalui perkhidmatan
Newswire.