KAFA Sumbang RM2.4 Juta Kepada FAM Musim 2009, Kata Annuar
KOTA BAHARU, 21 Nov (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) penyumbang kira-kira RM2.4 juta secara langsung dan tidak langsung kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini, kata Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa.
Kien Keat- Boon Heong Mara Ke Pusingan Akhir
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kegundahan skuad Malaysia sedikit terubat apabila pasangan beregu lelaki nombor satu dunia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mara ke pusingan akhir badminton Siri Super Master China setelah menewaskan pasangan dari Taiwan.
Azizulhasni Buktikan Masih Berada Dalam Kelompok Pelumba Terbaik
PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang membuktikan beliau masih lagi yang terbaik di Asia apabila memperolehi tempat kedua dalam acara Keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Klasik Piala Dunia UCI di Melbourne, Australia pada Jumaat.
Santokh Singh Kini Koma Di HKL
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Santokh Singh masih koma sejak pengsan di kediamannya empat hari lepas.
Zainal Akan Pertahankan Jawatan Ahli Lembaga IPC
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin menjadi antara 31 calon yang tersenarai untuk pemilihan jawatan ahli lembaga pentadbir Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) bagi penggal 2009-2013.
Jangan Bermimpi Untuk Anjurkan Olimpik, Kata MOM
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu memperbanyakkan jaguh bertaraf Asia serta atlet yang layak ke Olimpik sebelum berangan-angan untuk menjadi tuan rumah untuk sukan tersebut.
Terbuka Perak Medan Terakhir Atlet Olahraga Sebelum Ke Laos
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Hasrat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk menghantar atletnya berlatih di luar Lembah Klang sebelum Sukan SEA di Laos tidak kesampaian apabila Majlis Sukan Negara (MSN) sekali lagi menolak permohonannya untuk menganjurkan kem latihan persediaan di Pahang.




