Khamis, 18 Mac 2010

Undang-undang Keluarga Islam Malaysia Wajar Dikaji Semula - Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kajian menyeluruh wajar dilakukan terhadap Undang-undang Keluarga Islam Malaysia dan aspek perundangan Islam yang lain di negara ini setelah ia dikuatkuasakan selama ini, kata Mufti Kerajaan Perlis Dr Juanda Jaya.

Semua Premis Menggaji Pekerja Asing Akan Diperiksa

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk mengadakan pemeriksaan bagi semua premis di sektor tertentu yang menggaji pekerja asing dengan seberapa segera, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

Sasaran Lahir 4,000 Usahawan Wanita Dari Kalangan Miskin Tegar

SEPANG, 17 Mac (Bernama) -- Kerajaan mensasar untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita di kalangan golongan miskin tegar, iaitu mereka yang meraih pendapatan kurang dari RM440 sebulan, menjelang 2012.

Anggota Parlimen BN Sifatkan Anwar Tidak Hormati Tuanku Mizan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika membahaskan usul menjunjung kasih pada persidangan Dewan Rakyat Rabu disifatkan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati Ketua Negara.

Media Perlu Tanggung Risiko Papar Berita Tidak Betul - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengingatkan media yang sengaja mensensasikan sesuatu isu untuk melariskan jualan supaya bersedia dikenakan tindakan sekiranya berita yang dilaporkan itu menyalahi fakta.

Transkrip Dari Rakaman Pita Tidak Sempurna

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Transkrip rakaman pita video mengenai sidang media Karpal Singh berhubung kenyataannya yang ingin menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, adalah tidak sempurna, Mahkamah Tinggi diberitahu di sini Rabu.

Malaysia & Hong Kong Akan Pertingkat Kerjasama Dalam Bidang Perbankan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Hong Kong dijangka mempertingkatkan kerjasama dalam bidang perbankan dan kewangan, terutamanya kewangan Islam.