

Sumbangan Industri Telekomunikasi Kepada KDNK Terus Meningkat
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Sumbangan industri telekomunikasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi enam peratus pada 2008 dan didapati terus meningkat pada tahun lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Inno Biologics Menangi Anugerah 'Syarikat Sedang Berkembang Terbaik 2010'
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Syarikat pembuatan kontrak biofarmaseutikal, Inno Biologics Sdn Bhd, memenangi anugerah 'Syarikat Sedang Berkembang Terbaik 2010' pada Anugerah BioSpektrum Asia Pasifik kedua di Singapura.
Maybank Lantik Amirul Feisal Pemangku CEO Maybank IB
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Amirul Feisal Wan Zahir, yang ketika ini merupakan pengarah urusan bahagian perbankan pelaburan, sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank (Maybank IB).
ST Telemedia Akan Labur Kira-kira RM1 Bilion Dalam U Mobile
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia) akan melabur kira-kira RM1 bilion bagi 33 peratus pegangan dalam U Mobile Sdn Bhd, termasuk langganan kepada terbitan hak yang dicadangkan oleh pengendali telefon mudah alih keempat negara itu.
Tanjung Dapat Kontrak Bernilai RM114.6 Juta Daripada Petronas Carigali
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Tanjung Offshore Services Sdn Bhd telah diberikan kontrak jangka panjang bernilai RM114.6 juta oleh Petronas Carigali Sdn Bhd bagi tujuan menyewa dua unit kapal bekalan tunda pengendalian sauh (AHTS).
Pelaksanaan GST Perlu Ambil Lebih Masa
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Jurang dua tahun antara pengeluaran peraturan dan garis panduan penuh, dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menjadi penyelesaian pilihan utama oleh kebanyakan perniagaan di negara ini, kata Deloitte Malaysia.
TNB Remaco Tandatangani Kontrak RM117 Juta Dengan Mitsubishi Heavy Industries
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco) Isnin menandatangani kontrak pengurusan bahagian (komponen) jangka panjang bernilai RM117 juta dengan Mitsubishi Heavy Industries Ltd.

