Sabtu, 21 November 2009

Berita Terkini

Kerajaan Tumpu Promosi Jenama Berkualiti

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan menumpu untuk mempromosikan jenama berkualiti bagi membina kesetiaan pengguna dan membezakan produk dan perkhidmatan Malaysia dalam pasaran.

Musa Mahu Sektor Pembuatan Cari Pasaran Khusus Bagi Produk Unik

KOTA KINABALU, 20 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta sektor pembuatan di negeri itu mencari pasaran khusus bagi beberapa produk unik negeri itu dalam usaha menjadi lebih inovatif.

PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Sedia Berubah Dalam Dagangan, Kata Syarikat Perkapalan

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Perubahan pesat sudah mengubah cara menjalankan perdagangan dan mereka yang tidak bersedia untuk menghadapi perubahan yang lebih besar apabila liberalisasi dan penyepaduan ekonomi berlaku sepenuhnya, akan ketinggalan.

UMW Group Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM288 Juta Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- UMW Group mengumumkan keuntungan sebelum cukai sejumlah RM288.2 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2009, satu pertumbuhan 55.4 peratus berbanding RM185.5 juta yang dicatatkan pada suku kedua.

Airasia Rancang Penerbangan Ke India Menerusi Thailand

SEPANG, 20 Nov (Bernama) -- AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah utama Asia, merancang menawarkan penerbangan ke Delhi, Kolkata dan Amritsar menerusi habnya di Bangkok pada separuh pertama tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Seri Tony Fernandes.