Laman Utama Mengenai Bernama Peta Laman Meja Bantuan E-mel Cadangan Senarai Berita
Carian Berita
21 Ogos, 2008
Khamis
Berita Sukan
    Muka Depan
    Berita
    Siaran Media Eksklusif
    Arkib Berita
    Pautan
Jaringan Sukan
·  Kementerian Belia & Sukan
 
Mungkin anda punya harapan dan pilihan, namun pada jangkaan anda adakah Malaysia akan mengalami satu lagi kejutan politik sebelum hujung tahun ini?
 

Sukan

Air Ais Kecewakan Yu Fang
Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 21 Ogos (Bernama) -- Meskipun hujan tidak menghalang atlet Russia Olga Kaniskina daripada mencatatkan rekod baru Olimpik dalam acara jalan kaki wanita 20km hari ini, namun wakil Malaysia Yuan Yu Fang gagal untuk melintas garisan penamat.

Taekwondo Peluang Terakhir Malaysia Untuk Pingat
Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 20 Ogos (Bernama) -- Dua atlet taekwondo wanita, Elaine Teo dan Che Chew Chan merupakan sandaran terakhir Malaysia untuk menambah pungutan pingat pada Sukan Olimpik Beijing, selepas hanya Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat iaitu perak dalam acara badminton perseorangan lelaki.

Pandelela Sekadar Tempat Ke-27 Dalam Acara 10m Platform Wanita
Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 20 Ogos (Bernama) -- Pandelela Rinong, yang beraksi kali pertama pada Sukan Olimpik, gagal mengatasi rasa gemuruh apabila sekadar menduduki tempat ke-27 daripada 29 peserta pada pusingan kelayakan acara terjun 10m platform wanita hari ini.

Bola Sepak Pantai, Pentas Ujian Untuk Jurulatih Skuad Kebangsaan
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kejohanan Piala Raja Muda Johor, kejohanan bola sepak pantai yang julung kali diadakan pada 26 Ogos ini di Desaru, Johor akan merupakan medan ujian untuk jurulatih kebangsaan Ismail Zakaria membuat persediaan skuad negara bagi menghadapi Kejohanan Pantai Asia di Bali, Indonesia Oktober ini.

Pemain Dan Pegawai Kedah Terima Ganjaran RM350,000
ALOR STAR, 20 Ogos (Bernama) -- Pemain dan pegawai bola sepak Kedah bakal menerima ganjaran berjumlah RM350,000 hasil menjuarai Piala FA.

Selangor Ungguli Kategori Berpasukan Perahu Layar Optimist
LANGKAWI, 20 Ogos (Bernama) -- Selangor menepati ramalan dengan mengungguli kategori berpasukan Kejohanan Perahu Layar Optimist Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Pusat Perahu Layar Kebangsaan di sini hari ini.

Chong Wei Anggap Gelaran Datuk Beri Motivasi Untuk Terus Berjaya
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama)-- Terkejut dengan gelaran Datuk yang akan diberi kepadanya, jaguh badminton negara Lee Chong Wei berkata anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang itu akan merangsang beliau untuk terus mencipta kejayaan di peringkat dunia.

« [ 1 ] »

 
 
 
Copyright ©2008 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels