|
|
Selamat datang ke
www.bernama.com, laman web rasmi Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Saya berasa sukacita kerana laman ini menjadi
pilihan pengguna Internet di Malaysia dan di luar
negara sebagai sumber pantas dan dipercayai bagi
berita-berita seputar Malaysia. Saya juga berasa
bangga untuk memaklumkan bahawa laman web ini
dibangun dan dikendalikan oleh kakitangan BERNAMA
sendiri.
Bermula dengan hanya versi Bahasa Melayu dan
Inggeris semasa dilancarkan pada 1998, laman ini
kini juga ditawarkan dalam versi Bahasa Mandarin dan
Arab. Bernama.com juga kini tidak hanya berperanan
sebagai pelapor berita-berita semasa; di laman web
ini juga ditempatkan sisipan-sisipan halaman khas
yang menjurus kepada pelbagai sektor, acara dan
pertubuhan. Skop kandungan yang kaya, capaian yang
luas dan khalayak yang terpilih lagi pelbagai,
menjadikan laman web ini satu wadah promosi dan
publisiti yang amat berkesan.
Sebagai sumber berita dan maklumat dari Malaysia
yang terulung, laman ini bekerja keras untuk
memastikan kepuasan anda, dan kami berterima kasih
di atas sokongan berterusan yang anda berikan.
Silalah berhubung dengan kami agar kami sentiasa
dapat memberikan anda perkhidmatan terbaik. |
|
|

|
|
 |
| |
| |
|
|
|