BERNAMA menyediakan berita-berita terkini tepat masa bagi suratkhabar, stesen-stesen penyiaran, perkhidmatan wayar global dan Internet. Bernama juga menyediakan perkhidmatan langganan sebutharga saham tepat masa dan pangkalan data perniagaan yang boleh diakses melalui komputer peribadi.

Menyediakan akses terus kepada perkhidmatan berita dan maklumat yang memperkasakan syarikat dan organisasi:

Berita-berita terkini tepat masa, pangkalan maklumat tentang Malaysia dan sebutharga pasaran saham tepat masa berserta jual beli saham secara online.

BERNAMA menyediakan pelbagai produk berita dan maklumat kewangan kepada media, perniagaan dan kerajaan.

Ini termasuklah berita-berita tepat masa, gambar-gambar berita, sebutharga pasaran saham secara langsung, data pelaburan dan pangkalan data online mengenai laporan-laporan industri dan statistik. Unit Audio-Visual menerbitkan video-video berita, dokumentari dan video-video korporat.

Para pelanggan mempunyai akses kepada
perkhidmatan-perkhidmatan BERNAMA melalui internet, melalui talian data khusus dan VBI, iaitu satu rangkaian televisyen tanpa wayar. Sebutharga pasaran saham muncul secara langsung pada skrin anda. Begitu juga dengan berita-berita politik, perniagaan, sukan dan cerita-cerita berbentuk kemanusiaan yang berlaku sepanjang hari.

Lebih daripada 300 wartawan, editor, jurugambar dan jurukamera video BERNAMA melapor dari biro-biro BERNAMA di 13 negeri di Malaysia, dari ibupejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat-pejabat luar di Singapura, Jakarta, Bangkok, London dan Washington DC. Kehadiran di serata dunia membolehkan BERNAMA membuat liputan berita-berita yang mempunyai kepentingan tempatan dan juga global.

Rangkaian pejabat jualan di seluruh negara memudahkan pelanggan mendapatkan akses terus kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, di samping khidmat jagaan peribadi.

Produk Berita dan Maklumat BERNAMA Termasuk:

BERNAMA.COM
Perkidmatan berita percuma yang menyediakan berita-berita terkini Malaysia di www.bernama.com

Sebagai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama adalah sumber yang dipercayai bagi berita-berita dalam politik, perniagaan, sukan dan isu-isu sosial. Laporan-laporan khas memberikan liputan mendalam peristiwa-peristiwa nasional dan antarabangsa. Liputan berita tentang ASEAN, teknologi, pasaran saham, liburan, isu-isu kemanusiaan, diari peristiwa, cuaca dan siaran-siaran akhbar juga boleh diperolehi di laman web utama Malaysia ini. Pengiklanan juga boleh dilakukan di laman ini.

NEWSLINK
Saluran berita tepat masa mengenai Malaysia di www.bernama.com/newslink
Newslink menyediakan liputan tepat masa bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia sepanjang hari. Ia dibentuk sebegitu rupa untuk kegunaan media, ahli strategi pemasaran perniagaan dan kerajaan yang perlu memantau politik, perniagaan, sukan, jenayah dan trend cara hidup di Malaysia bagi menyokong pembuatan polisi.

BLIS
Pangkalan data online mengenai berita-berita Malaysia, statistik dan laporan-laporan industri di http://blis.bernama.com

Para wartawan, perancang polisi kerajaan, ahli strategi perniagaan dan sarjana mempunyai akses kepada berita-berita Malaysia, laporan-laporan industri, statistik ekonomi, dagangan dan pengguna termasuklah data mengenai tokoh-tokoh Malaysia dalam satu pangkalan data maklumat online. Kandungannya disusun daripada perkhidmatan-perkidmatan wayar Bernama, perkhidmatan berita antarabangsa dan badan-badan kerajaan dan kajiselidik.

BERNAMA NEWSWIRE
Keseluruhan laporan berita kebangsaan dan negeri yang meliputi politik, perniagaan dan sukan yang dibentuk sebegitu rupa untuk para pelanggan. Satu perkhidmatan berita tepat masa daripada BERNAMA yang meliputi isu-isu semasa, hubungan antarabangsa, rencana politik, mahkamah, perniagaan, kewangan dan berita berkaitan kemanusiaan dan kenyataan akhbar syarikat-syarikat.

Media Relations and Event Management (MREM)
Perkhidmatan penyebaran siaran akhbar secara online

MREM menyebarkan kenyataan akhbar kepada pelanggan-pelanggan melalui kaitan langsung dengan media cetak dan penyiaran. Rakan kongsi MREM iaitu ASIANET, mengendalikan penyebaran siaran akhbar antarabangsa dalam sebarang bahasa. Siaran-siaran boleh dilihat pada terminal editor dan pangkalan data maklumat online. MREM juga menyediakan perkhidmatan perhubungan media, penulisan rencana dan pengurusan acara. Siaran-siaran akhbar boleh diakses melalui satu laman percuma di http://mrem.bernama.com.

GAMBAR-GAMBAR BERNAMA
Liputan foto untuk berita-berita am, aksi sukan, tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa penting

Jurugambar Bernama berada di tempat kejadian bagi merakamkan aksi politik, sukan, perniagaan, sama ada semasa bencana atau kejayaan. Rangkaian Transmisi Gambar ISDN Bernama membolehkan gambar-gambar resolusi tinggi dihantar dalam beberapa saat sahaja kepada pelanggan. Gambar-gambar yang diarkibkan dalam cakera padat boleh dihantar dalam disket atau e-mel.


BERNAMA TV
Menyiarkan liputan berita berkualiti berita-berita terkini Malaysia

Bernama TV menawarkan liputan berita dinamik berita-berita penting, peristiwa-peristiwa kebangsaan dan temuramah ekslusif. Ia juga meliputi pelancaran produk dan menerbitkan dokumentari, persembahan video korporat dan pengiklanan. Siaran filem yang berkualiti boleh digunakan bagi saluran-saluran tempatan dan antarabangsa, saluran satelit dan platform multimedia seperti internet.


Produk di bawah Anak Syarikat BERNAMA (BESSAR)

HYPERLINK
Perkhidmatan maklumat pasaran saham pelbagai pasaran dengan sebutharga tepat masa, carta, analitik dan berita. Hyperlink menjejaki lebih 3,000 saham, opsyen dan pasaran hadapan yang dijual beli di bursa saham Malaysia, Singapura dan Indonesia iaitu BSKL, KLOFFE, COMMEX (MME dan KLCE), SES, JSX, SSX dan MESDAQ. HyperLink menyediakan sebutharga tepat masa, anggaran indeks komposit, pengurusan portfolio, pencartaan, asas, alat untuk analisis, berita kewangan tepat masa, dan banyak lagi.

INTERQUOTES
Sebutharga-sebutharga tepat masa BSKL, carta dan perkidmatan berita di www.interquotes.com

Interquotes direka untuk pelabur-pelabur yang mahu memantau pasaran tunai di mana jua mereka berada dan bila-bila masa. Interquotes menyediakan sebutharga tepat masa, carta-carta harian, petunjuk teknikal, asas, harga giliran, analitik ringan dan sari berita utama.

MULTIQUOTES
Perkhidmatan sebutharga saham, opsyen dan pasaran hadapan bagi pelabur-pelabur yang mahukan akses global kepada pasaran-pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia di www.multiquotes.com

Multiquotes menawarkan sebutharga-sebutharga tepat masa, carta dan berita tentang saham, opsyen dan pasaran hadapan yang didagangkan di bursa saham Malaysia, Singapura dan Indonesia. Rencana-rencana termasuklah dagangan yang telah dilakukan, penjejakan, petunjuk, indeks-indeks utama dan sari berita utama.

DRAGONSHARE
Dagangan Saham BSKL melalui Internet

Dragonshare merupakan pesanan yang membolehkan pelabur membuat pesanan jual dan beli untuk saham-saham ekuiti secara online secara terus dengan broker atau remiser. Pelabur dan broker termasuk remiser boleh mendaftar di www.dragonshare.com dan menikmati perkhidmatan tambahan yang menyediakan sebutharga tepat masa, berita, alat untuk pencartaan dan analisis serta komentari.

Untuk melanggan perkhidmatan-perkhidmatan Bernama, sila hubungi perkhidmatan pelanggan di:

Malaysian National News Agency
Wisma BERNAMA
No. 28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 603-2691 9955, 03-2693 9933
Fax: 603-2691 9932, 2698 9968
E-mail: helpdesk@bernama.com

 

 
  Copyright ©2008 BERNAMA. All rights reserved. Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels